18 Mei 2012
Oooohaaa....Selamat Gawai Dayak!
Sedar tak sedar,dah hampir setahun DSW bersama saya.Pahit manis kita harungi bersama.Banyak dugaan yang kita kecapi dari hari ke hari tapi semua itu tidak pernah mematahkan semangat kita untuk terus berjuang memartabatkan budaya kita.Saya tidak pernah menafikan bahawa ramai suara suara sumbang di luar sana yang dengki dengan kejayaan dan penglibatan kita dalam bidang ini namun pesanan saya kepada semua,jangan pedulikan suara mereka kerana ia tidak menguntungkan.They are nothing....Jadikan ia sebagai pencetus semangat kita untuk terus bangkit dan buktikan lagi kecemerlangan kita.Perjuangan ini harus kita teruskan.Ingatlah sokongan kuat daripada Tuan Pengarah Hospital Dr Azlee bin Ayub dan Pengurus kita Matron Molen Ahua.
Saya akui,saya insan biasa yang tidak bisa memuaskan hati setiap warga DSW.Namun saya tetap berusaha untuk adil dan saksama kepada semua kita.Mana yang salah sama sama kita perbetulkan.Apa yang penting kerjasama antara kita adalah pemangkin kepada kejayaan DSW.
Hari demi hari banyak kejayaan yang kita kecapi.Bermula dari bulan Januari,syukur.....rezeki kita tidak pernah putus putus sehingga sekarang ( Mei 2012 ) Terima kasih kepada semua yang masih bersama saya dan DSW.
Kalau dulu kita hanya kumpulan kecil sahaja yang kurang dikenali.Kini kita sudah dikenali jauh dari asalnya hingga ke kaca TV.Tahniah saya ucapkan.....
Sempena Hari Gawai ini,saya bersama warga kerja DSW ingin mengucapkan SELAMAT GAWAI kepada semua warga DSW dan seluruh Hospital Bintulu serta semua yang mengikuti perkembangan DSW.
Mudah mudahan selepas ini kejayaan makin menyebelahi kita...amin.
Ingatlah....kalau bukan kita siapa lagi
Tak mati dek keji
Tak hidup dek puji....=)
Ikhlas daripada:
Pengerusi Dan Sri Wanara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hidup Dan Sri Wanara.....!
BalasPadam