22 Mei 2012

FESTIVAL TARI KELAB PERUBATAN SARAWAK 2012

Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net




Dewan Suarah Bintulu



FESTIVAL TARI
KELAB PERUBATAN SARAWAK 2012

Festival Tari ini dianjurkan oleh Kelab Perubatan Cawangan Bintulu.Format pertandingan ini adalah berbentuk Festival

 Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada Kakitangan Jabatan kesihatan Negeri Sarawak Sahaja.
  2. Bilangan peserta adalah tidak melebihi 14 orang termasuk penari simpanan/pengurus/ketua dan pereka tari
  3. Para peserta hendaklah terdiri daripada kakitangan Jabatan Kesihatan sahaja.Sekiranya pasukan/Kumpulan yang membawa penari selain kakitangan Jabatan Kesihatan adalah akan ditolak/dibatalkan penyertaan.
  4. Seorang peserta tidak dibenarkan menganggotai lebih daripada satu kumpulan.
  5. Penyertaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan.
  6. Sebarang pertukaran ahli oleh mana-mana kumpulan hendaklah secara bertulis kepada urusetia selewat-lewatnya sehari sebelum pertandingan dijalankan.
  7. PEMBATALAN PENYERTAAN DAN HADIAH : Penganjur berhak menarik balik status penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat pelanggaran syarat Festival.
  8. Meminum atau berada dibawah pengaruh alcohol atau dadah serta ubat terlarang semasa pertandingan adalah ditegah.
  9. Semua borang penyertaan hendaklah dialamatkan kepada penganjur mengikut alamat di  bawah :

Urusetia Festival Tari 2012
Kelab Perubatan Cawangan Bintulu
Hospital Bintulu
Jalan Nyabau
97000 Bintulu
Sarawak
 
MAKLUMAT PERTANDINGAN :

TAKLIMAT PERTANDINGAN DAN CABUT UNDI :

Tarikh : 06.09.2012 (Khamis)
Tempat : Bilik Seminar Hospital Bintulu ( Tingkat 2 )
Masa : 8.00 pm

RAPTAI PENUH :

Tarikh : 07.09.2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Dewan Suarah Bintulu
Setiap Kumpulan akan diberi masa 30 minit sahaja untuk penyesuaian pentas
(Kehadiran adalah wajib dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur)

FESTIVAL TARI :

Tarikh : 08.09.2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am – 12.00 pm  Tarian Tradisional / Etnik
           7.00 pm – 11.30 mlm  Tarian Kreatif
Tempat : Dewan Suarah Bintulu


Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM350 sahaja
(Pembayaran dibuat ketika taklimat pertandingan)

*Makan minum adalah dibawah tanggungan kumpulan masing-masing.



PERTANDINGAN INI TERDIRI DARIPADA 2 BAHAGIAN TARIAN WAJIB


Bahagian A ( Tarian Kreatif  )
  1. Setiap Kumpulan dikehendaki mempersembahkan tarian berbentuk kreatif.
  2. Tarian Kreatif hendaklah berpandukan kepada Tarian Rakyat di Sarawak ( 80% ) ataupun Malaysia ( 20% )
  3. Muzik pengiring TIDAK akan disediakan oleh penganjur.Susunan Muzik terserah atas kebijaksanaan serta kreativiti kumpulan masing-masing menatanya sesuai dengan tarian kreatif yang dicipta dan hendaklah berteraskan Muzik Sarawak Dan Malaysia.
  4. Setiap persembahan hendaklah dalam jangka 8 minit hingga 10 minit
  5. Setiap kumpulan diwajibkan mengetengahkan tidak kurang daripada 8 orang penari dan tidak melebihi 12 orang penari dalam setiap persembahan.
  6. Persembahan ini hanya dibenarkan menggunakan muzik rakaman ( CD ) sahaja.

Bahagian B ( Tarian Tradisional )


   1.  Setiap kumpulan dikehendaki memilih mana-mana satu tarian tradisional/etnik Sarawak Sahaja ( Iban,Orang     
        Ulu,Bidayuh,Melanau,Melayu dsb.  )
   2.  Setiap persembahan adalah dalam jangka 3 hingga 5 minit
   3.  Bahagian ini hendaklah berlandaskan elemen Tarian Tradisional begitu juga dengan pakaian serta    
 aksesori bukan berbentuk drama tari atau kreatif
   4.  Setiap kumpulan diwajibkan mengetengahkan tidak kurang daripada 8 orang penari dan tidak melebihi     
12 orang penari dalam setiap persembahan.
   5.  Persembahan hanya dibenarkan menggunakan muzik rakaman( CD ) sahaja.

PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

1. Pihak penganjur berhak memilih mana 3 orang penal penilai yang mempunyai               
    kepakaran dalam bidang yang berkaitan.
2. Festival akan dinilai oleh 3 0rang penal penilai
3. Markah bahagian A ( Tarian Kreatif ) dan bahagian B ( Tarian Tradisional )  
    akan disatukan jumlahnya.Kumpulan yang mendapat jumlah markah tertinggi   
    akan mendapat Johan keseluruhan FESTIVAL TARI

KRITERIA PEMARKAHAN

KATEGORI A ( Tarian Kreatif )
  1. Koreografi atau keaslian tari                          35
  2. Koordinasi muzik dan gerakan                      10
  3. Pecahan tari dan pola lantai                           15
  4. Ekspresi                                                             20
  5. Busana dan tatarias                                         20
MARKAH PENUH                    100
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI B Tarian Tradisional (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
  1. Koreografi atau keaslian tari                          35
  2. Koordinasi muzik dan gerakan                      10
  3. Pecahan tari dan pola lantai                           15
  4. Kesantunan                                                      20
  5. Busana dan tatarias                                        20

MARKAH PENUH                     100

* Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.


KATEGORI HADIAH

1.     Johan Keseluruhan
2.     Naib Johan
3.     Tempat Ke 3

Anugerah :
1.     Anugerah Koreografi Tarian Kreatif Terbaik
2.     Anugerah Koreografi Tarian Tradisional/Etnik Terbaik
3.     Anugerah Kostum Tarian Kreatif Terbaik
4.     Anugerah Kostum Tarian Tradisional Terbaik
5.     Anugerah Penari Lelaki Terbaik
6.     Anugerah Penari Perempuan Terbaik
7.     Anugerah Khas Juri
8.     Anugerah Susunan Muzik Kreatif Terbaik
9.     Anugerah Penari Harapan Lelaki Terbaik        
10.   Anugerah Penari Harapan Perempuan Terbaik


GANTI RUGI

1.      Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh  
         peserta bagi tujuan menyertai pertandingan.
2.      Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh kumpulan masing-masing.
3.      Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kemalangan yang berlaku
         kepada peserta,sebelum dan selepas pertandingan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan ialah pada :....17.08.2012 (Jumaat)..................................
Penyertaan yang diterima lewat daripada tarikh ini tidak akan dilayan.Borang penyertaan hendaklah diposkan atau di fax kepada : 

Urusetia Festival Tari 2012
Kelab Perubatan Cawangan Bintulu
Hospital Bintulu
Jalan Nyabau
97000 Bintulu
Sarawak

Tel :086255899
Fax No : 086255866 / 252416
Email : molenahua@srwk.moh.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
1. Molen Ahua : 0168718842
2. Shaun Jonathan : 0198346539
3. Rickeers Tellian : 0138455771

PERKARA LAIN
1. Pihak penganjur pertandingan tarian berhak memutuskan sesuatu yang   
    tidak terkandung di dalam syarat-syarat yang berkaitan dengan
    pertandingan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan