Dewan Suarah Bintulu |
FESTIVAL TARI
KELAB PERUBATAN SARAWAK 2012
Festival Tari ini dianjurkan oleh Kelab Perubatan Cawangan Bintulu.Format pertandingan ini adalah berbentuk Festival
Syarat Penyertaan
- Penyertaan terbuka kepada Kakitangan Jabatan kesihatan Negeri Sarawak Sahaja.
- Bilangan peserta adalah tidak melebihi 14 orang termasuk penari simpanan/pengurus/ketua dan pereka tari
- Para peserta hendaklah terdiri daripada kakitangan Jabatan Kesihatan sahaja.Sekiranya pasukan/Kumpulan yang membawa penari selain kakitangan Jabatan Kesihatan adalah akan ditolak/dibatalkan penyertaan.
- Seorang peserta tidak dibenarkan menganggotai lebih daripada satu kumpulan.
- Penyertaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan.
- Sebarang pertukaran ahli oleh mana-mana kumpulan hendaklah secara bertulis kepada urusetia selewat-lewatnya sehari sebelum pertandingan dijalankan.
- PEMBATALAN PENYERTAAN DAN HADIAH : Penganjur berhak menarik balik status penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat pelanggaran syarat Festival.
- Meminum atau berada dibawah pengaruh alcohol atau dadah serta ubat terlarang semasa pertandingan adalah ditegah.
- Semua borang penyertaan hendaklah dialamatkan kepada penganjur mengikut alamat di bawah :
Urusetia Festival Tari 2012
Kelab Perubatan Cawangan Bintulu
Hospital Bintulu
Hospital Bintulu
Jalan Nyabau
97000 Bintulu
Sarawak
MAKLUMAT PERTANDINGAN :
TAKLIMAT PERTANDINGAN DAN CABUT UNDI :
Tarikh : 06.09.2012 (Khamis)
Tempat : Bilik Seminar Hospital Bintulu ( Tingkat 2 )
Masa : 8.00 pm
RAPTAI PENUH :
Tarikh : 07.09.2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Dewan Suarah Bintulu
Tempat : Dewan Suarah Bintulu
Setiap Kumpulan akan diberi masa 30 minit sahaja untuk penyesuaian pentas
(Kehadiran adalah wajib dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur)
Tarikh : 08.09.2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 am – 12.00 pm Tarian Tradisional / Etnik
7.00 pm – 11.30 mlm Tarian Kreatif
Tempat : Dewan Suarah Bintulu
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM350 sahaja
(Pembayaran dibuat ketika taklimat pertandingan)
*Makan minum adalah dibawah tanggungan kumpulan masing-masing.
PERTANDINGAN INI TERDIRI DARIPADA 2 BAHAGIAN TARIAN WAJIB
Bahagian A ( Tarian Kreatif )
- Setiap Kumpulan dikehendaki mempersembahkan tarian berbentuk kreatif.
- Tarian Kreatif hendaklah berpandukan kepada Tarian Rakyat di Sarawak ( 80% ) ataupun Malaysia ( 20% )
- Muzik pengiring TIDAK akan disediakan oleh penganjur.Susunan Muzik terserah atas kebijaksanaan serta kreativiti kumpulan masing-masing menatanya sesuai dengan tarian kreatif yang dicipta dan hendaklah berteraskan Muzik Sarawak Dan Malaysia.
- Setiap persembahan hendaklah dalam jangka 8 minit hingga 10 minit
- Setiap kumpulan diwajibkan mengetengahkan tidak kurang daripada 8 orang penari dan tidak melebihi 12 orang penari dalam setiap persembahan.
- Persembahan ini hanya dibenarkan menggunakan muzik rakaman ( CD ) sahaja.
Bahagian B ( Tarian Tradisional )
1. Setiap kumpulan dikehendaki memilih mana-mana satu tarian tradisional/etnik Sarawak Sahaja ( Iban,Orang
Ulu,Bidayuh,Melanau,Melayu dsb. )
2. Setiap persembahan adalah dalam jangka 3 hingga 5 minit
3. Bahagian ini hendaklah berlandaskan elemen Tarian Tradisional begitu juga dengan pakaian serta
aksesori bukan berbentuk drama tari atau kreatif
aksesori bukan berbentuk drama tari atau kreatif
4. Setiap kumpulan diwajibkan mengetengahkan tidak kurang daripada 8 orang penari dan tidak melebihi
12 orang penari dalam setiap persembahan.
12 orang penari dalam setiap persembahan.
5. Persembahan hanya dibenarkan menggunakan muzik rakaman( CD ) sahaja.
PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
1. Pihak penganjur berhak memilih mana 3 orang penal penilai yang mempunyai
kepakaran dalam bidang yang berkaitan.
2. Festival akan dinilai oleh 3 0rang penal penilai
3. Markah bahagian A ( Tarian Kreatif ) dan bahagian B ( Tarian Tradisional )
akan disatukan jumlahnya.Kumpulan yang mendapat jumlah markah tertinggi
akan mendapat Johan keseluruhan FESTIVAL TARI
KRITERIA PEMARKAHAN
KATEGORI A ( Tarian Kreatif )
- Koreografi atau keaslian tari 35
- Koordinasi muzik dan gerakan 10
- Pecahan tari dan pola lantai 15
- Ekspresi 20
- Busana dan tatarias 20
MARKAH PENUH 100
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATEGORI B Tarian Tradisional (Satu Tarian Rakyat/Etnik)
- Koreografi atau keaslian tari 35
- Koordinasi muzik dan gerakan 10
- Pecahan tari dan pola lantai 15
- Kesantunan 20
- Busana dan tatarias 20
MARKAH PENUH 100
* Markah keseluruhan adalah gabungan daripada markah kedua-dua kategori.
KATEGORI HADIAH
1. Johan Keseluruhan
2. Naib Johan
3. Tempat Ke 3
Anugerah :
1. Anugerah Koreografi Tarian Kreatif Terbaik
2. Anugerah Koreografi Tarian Tradisional/Etnik Terbaik
3. Anugerah Kostum Tarian Kreatif Terbaik
4. Anugerah Kostum Tarian Tradisional Terbaik
5. Anugerah Penari Lelaki Terbaik
6. Anugerah Penari Perempuan Terbaik
7. Anugerah Khas Juri
8. Anugerah Susunan Muzik Kreatif Terbaik
9. Anugerah Penari Harapan Lelaki Terbaik
10. Anugerah Penari Harapan Perempuan Terbaik
GANTI RUGI
1. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
peserta bagi tujuan menyertai pertandingan.
2. Segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh kumpulan masing-masing.
3. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kemalangan yang berlaku
kepada peserta,sebelum dan selepas pertandingan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Tarikh tutup penyertaan ialah pada :....17.08.2012 (Jumaat)..................................
Penyertaan yang diterima lewat daripada tarikh ini tidak akan dilayan.Borang penyertaan hendaklah diposkan atau di fax kepada :
Urusetia Festival Tari 2012
Kelab Perubatan Cawangan Bintulu
Hospital Bintulu
Hospital Bintulu
Jalan Nyabau
97000 Bintulu
Sarawak
Tel :086255899
Fax No : 086255866 / 252416
Email : molenahua@srwk.moh.gov.my
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
1. Molen Ahua : 0168718842
2. Shaun Jonathan : 0198346539
3. Rickeers Tellian : 0138455771
PERKARA LAIN
1. Pihak penganjur pertandingan tarian berhak memutuskan sesuatu yang
tidak terkandung di dalam syarat-syarat yang berkaitan dengan
pertandingan ini.